VISI
Menjadikan Majlis Daerah Telupid sebuah majlis yang membangun, progresif dan menjana hasil lima (5) hingga sepuluh (10) juta ringgit dalam tempoh 10 tahun.
- Menghebatkan organisasi bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan fungsi dan penyampaian.
- Menghebatkan tadbir urus melalui penambahbaikan berterusan dan transformasi pentadbiran selaras dengan kemajuan ICT.
- Menjana hasil dari pelbagai sumber bagi meningkatkan kewangan majlis untuk tujuan pembangunan dan pelaksanaan program.
- Membangunkan mekanisma kutipan hasil yang berkesan dan dapat memenuhi kehendak pengguna.
- Memperkukuhkan perkhidmatan am bandar melalui pembangunan bandar yang teratur dan perkhidmatan yang efisen dan berkesan.
- Merancang pembangunan daerah dan bandar yang teratur dengan infrastuktur yang lengkap ke arah Bandar Mampan.
- Menyediakan kemudahan infrastruktur kepada penduduk setempat agar dapat dimanfaatkan dan kondusif serta sistematik.
- Merancang landskap yang teratur demi memelihara alam sekitar.
- Mewujudkan suasana persekitaran yang lebih bersih, selesa dan selamat.
- Menguatkuasakan undang-undang PBT untuk menggalakkan semua masyarakat melakukan perkara yang betul.
MISI
OBJEKTIF
- Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui perkhidmatan dan kemudahan perbandaran yang terbaik dan berkualiti.
- Menggalakkan pembangunan sosial, fizikal, ekonomi dan pembangunan kegunaan tanah secara teratur, cekap dan ekonomikal.
- Menyediakan dan melaksanakan kemudahan infrastruktur, serta menyelenggara ke tahap yang sempurna.
- Menentukan pengurusan dan pentadbiran jabatan-jabatan Majlis berjalan dengan bersih, cekap, berkesan dan sistematik.
- Mewujudkan perhubungan yang baik di antara jabatan-jabatan, agensi-agensi yang terlibat dengan hal-hal urusan Majlis.
- Meningkatkan tahap peranan Majlis ke arah satu peranan yang lebih aktif dalam penyediaan projek-projek infrastruktur yang berkualiti, kemudahan awam yang menarik dan kawasan rekreasi yang indah.
- Menjadikan Majlis sebagai penggerak utama pembangunan sosio-ekonomi dan sosio budaya ke arah peningkatan kualiti hidup rakyat dan membasmi kemiskinan.
Dikemaskini pada 19/12/2025
![]()
