lOGO DAN tEMA hARI kEBANGSAAN & hARI mALAYSIA 2025
‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’ telah diputuskan oleh kerajaan sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM 2025).
Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
RASIONAL TEMA
RASIONAL LOGO
Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial, dan keadilan. Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat. Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.
Dikemaskini pada 5/8/2025
![]()
