MAJLIS DAERAH TELUPID MAJLIS DAERAH TELUPID




Latar Belakang Agensi


Majlis Daerah Telupid merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa autonomi sebagai sebuah kerajaan Tempatan. Penubuhannya bermula pada Oktober 2020 iaitu tahun lalu. Pada mulanya, Majlis Daerah Telupid merupakan jabatan dibawah Majlis Daerah Beluran. Oleh itu, Majlis Daerah Telupid menjadi kuasa penuh terhadap Daerah Telupid.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Telupid adalah seluas 1,935 kilometer persegi atau bersamaan dengan 747 batu persegi. Ia juga terbahagi dengan 4 mukim iaitu mukim Liwogu, mukim Ulu Labuk, mukim Sapi dan mukim Nangoh. Jumlah penduduk pula adalah seramai 50,000 orang.

Secara asasnya, pentadbiran Majlis Daerah Telupid dijalankan berdasarkan kepada dua prinsip iaitu di luar bidang kuasa dan keupayaan yang kompeten. Majlis Daerah Telupid melaksanakan tanggunjawabnya, berdasarkan perundangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1986 (Akta 133), Undang-Undang Kecil (UUK) dan Enakmen yang telah diluluskan.