PERANAN DAN FUNGSI MAJLIS DAERAH TELUPID
Dalam mencapai matlamat, MDTel melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Mempertingkatkan kemahiran dan kecekapan perkhidmatan perbandaran selaras dengan kehendak citarasa dan keselesaan penduduk.
- Mempertingkatkan pengindahan kawasan dan kawalan kebersihan serta kesihatan.
- Menggalakkan pembangunan fizikal selaras dengan polisi perancangan negeri mengikut keutamaan yang ditetapkan.
- Menguruskan penyewaan gerai-gerai dan meningkatkan kutipan sewaan gerai.
- Menyelenggara dan membaikpulih secara menyeluruh kemudahan awam sedia ada seperti tandas awam, gerai pasar am, serta longkang dan parit.
- Pungutan cukai ses tanah yang menepati sasaran di kalangan penduduk, syarikat yang wujud dalam daerah Telupid.
- Penyediaan pelan-pelan pembangunan selaras dengan kehendak agensi yang terlibat.
Peranan MDTel diharapkan akan lebih menyerlah dalam aspek pengurusan dan perkhidmatan. Oleh kerana aspek pengurusan dan perkhidmatan perbandaran adalah aspek yang berterusan, maka perancangan ini perlu diteruskan lagi bagi membangunkan dan memantapkan lagi transformasi pengurusan dan perkhidmatan MDTel berdasarkan kepada keperluan semasa.
Dikemaskini pada 19/6/2025
![]()
