PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF

Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Malaysia Madani dan Salam Telupid Maju.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa, saya diberi amanah untuk menerajui pengurusan Majlis Daerah Telupid sebagai Pegawai Eksekutif.

Saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua pengunjung ke laman web rasmi Majlis Daerah Telupid. Laman web ini merupakan salah satu medium penting dalam menyampaikan maklumat, perkhidmatan, pengumuman dan perkembangan semasa Majlis kepada masyarakat serta orang ramai secara lebih mudah, pantas dan telus.

Daerah Telupid mempunyai keunikan dan potensi tersendiri yang wajar diketengahkan. Kekayaan alam semula jadi, kepelbagaian masyarakat, budaya dan adat resam, aktiviti sosio-ekonomi, sektor pertanian serta potensi pelancongan merupakan antara kekuatan yang boleh terus dibangunkan demi manfaat masyarakat setempat.

Seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan, Majlis Daerah Telupid akan terus berusaha memperkukuhkan tadbir urus, meningkatkan kualiti perkhidmatan, memperkemas penyampaian maklumat serta mewujudkan hubungan yang lebih dekat dan terbuka dengan masyarakat.

Saya percaya pembangunan sesebuah daerah bukanlah tanggungjawab Majlis semata-mata. Sebaliknya, ia memerlukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak swasta, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, para pelabur luar, komuniti setempat dan seluruh warga Telupid.

Justeru, saya mengalu-alukan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada semua pihak sebagai input yang amat bernilai kepada Majlis dalam usaha memperbaiki, memperkukuhkan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Marilah kita bersama-sama membina Telupid yang lebih maju, bersih, sejahtera, berdaya saing dan mempunyai persekitaran yang kondusif untuk didiami serta dibangunkan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ke laman web rasmi Majlis Daerah Telupid. Semoga laman web ini menjadi wadah informasi yang bermanfaat serta menjadi penghubung antara Majlis dengan masyarakat.

Selamat melayari laman web rasmi Majlis Daerah Telupid.

Sekian, terima kasih.

ELMER ENDRA M. SATOR
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Telupid

ALAMAT

Majlis Daerah Telupid

Jalan JKR Telupid Camp 1

Peti Surat No. 55

89320 Telupid

Sabah, Malaysia

"SABAH MAJU JAYA"

Penafian:

Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah atau Majlis Daerah Telupid tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami akibat penggunaan sebarang maklumat yang diperolehi melalui laman web ini.

Notis Hak Cipta:

Segala kandungan laman web rasmi ini adalah hak cipta milik Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah, dan Majlis Daerah Telupid kecuali telah dinyatakan sebaliknya. Sebarang bentuk penggunaan kandungan dalam laman web ini bagi tujuan komersial tanpa mendapatkan kebenaran adalah dilarang sama sekali.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Daerah Telupid ®

Dasar Privasi dan Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Tel: 089-521 458

E-mel: majlisdaerahtelupid@gmail.com

 

WAKTU OPERASI

Hari Bekerja: Isnin - Jumaat

Masa Bekerja: 8:00AM - 5:00PM

Waktu Rehat: 12:00PM - 2:00PM

Cuti: Sabtu | Ahad | Cuti umum

 

Dikemaskini pada 26/8/2026

Loading