DASAR PRIVASI

DASAR KESELAMATAN

Majlis Daerah Telupid komited dalam melindungi privasi pengguna laman web ini dengan hanya mengumpul maklumat peribadi secara sukarela melalui borang yang disediakan. Maklumat yang dikumpul digunakan semata-mata untuk tujuan memproses perkhidmatan, menguruskan sebarang aduan dan meningkatkan fungsi laman web ini. Majlis mengambil langkah-langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran untuk melindungi data tersebut daripada pendedahan atau penyalahgunaan tanpa kebenaran. Perkongsian maklumat kepada pihak ketiga hanya akan berlaku apabila diperlukan untuk memproses perkhidmatan atau apabila diwajibkan oleh undang-undang. Pihak Majlis tidak akan menjual atau menyewa data peribadi anda, di samping menasihati pengguna untuk menyemak dasar privasi laman web lain yang dipautkan kerana ia tidak dilindungi oleh dasar ini.

Majlis Daerah Telupid mengambil pendirian yang tegas dalam menggalas tanggungjawab keselamatan siber dan data berkaitan penyediaan laman web ini. Pihak Majlis berikrar untuk mengekalkan kerahsiaan, integriti, ketersediaan laman web, maklumat dan data pengguna melalui pelaksanaan dasar keselamatan teknikal yang ketat. Pihak Majlis mengambil langkah-langkah proaktif termasuklah penggunaan sistem perlindungan terkini, penyulitan data sensitif dan melaksanakan pengauditan keselamatan siber secara berkala. Akses kepada data peribadi dihadkan kepada kakitangan yang diberi kuasa sahaja dan pengguna dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti cubaan merosakkan sistem atau menghantar perisian hasad di samping melaporkan sebarang insiden keselamatan yang dikesan dengan  segera kepada pihak Majlis.

Dikemaskini pada 16/12/2025

Loading