LATAR BELAKANG MAJLIS DAERAH TELUPID

Kerajaan Negeri melalui keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Mac 2018 telah meluluskan perwujudan Majlis Daerah Telupid mulai 01 Julai 2018 dengan peruntukan kewangan sebanyak RM500,000.00 untuk menampung kos awalan penubuhan dan kos operasinya pada peringkat permulaan.

Penubuhan Majlis Daerah Telupid telah diwartakan dalam Warta Kerajaan bagi Suratcara Majlis Daerah Telupid 2019 (District Council Instrument 2019) pada 23 Januari 2020 di bawah peruntukan seksyen 3 Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Pada awal penubuhannya, Daerah Telupid merupakan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Beluran. Majlis Daerah Telupid telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Januari 2021 dan pejabatnya terletak di Bangunan Urusetia Telupid bersebelahan dengan Pejabat Daerah Telupid. Namun, Bangunan Pejabat Majlis Daerah Telupid yang baharu terletak bersebelahan dengan Dewan Serbaguna Majlis Daerah Telupid telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor pada 14 Mei 2022.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Telupid adalah seluruh daerah Telupid iaitu seluas 2,210.25 kilometer persegi atau bersamaan dengan 853.38 batu persegi. Ia juga terbahagi kepada lima (5) mukim iaitu Mukim Ulu Labuk, Mukim Pekan, Mukim Liwogu, Mukim Nangoh, dan Mukim Sapi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 29,704 orang dengan tempat kediaman 9,024 buah rumah (Jabatan Perangkaan Malaysia: Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020). Daerah Telupid juga mempunyai satu (1) Deraf Pelan Tempatan Telupid, Pelan Bernombor 08157007 seluas kira-kira 1,258.17 hektar (3,109 ekar).

Majlis Daerah Telupid melaksanakan tanggungjawabnya berdasarkan perundangan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Local Government Ordinance 1961), Suratcara Majli Daerah Telupid 2019 (Telupid District Council Instrument 2019), Ordinan Perancang Bandar Dan Desa (Sabah Cap. 141), Uniform Building By-Laws 2022, Uniform (Compounding Offences) By-Laws 2013, Uniform (Tamu) By-Laws 2014, Uniform (Anti-Littler) By-Laws 2010, Uniform (Beauty and Health Care Centre) By-Laws 2014, Public Entertainments Ordinance 1958, Uniform (Segregation and Disposal of Organic Waste) By-Laws 2016, Uniform (Licensing The Use of Premises For Trade, Business, Industry and Profession) By-Laws 2022, Uniform (Food Establishment) By-Laws 2022, dan mana undang-undang berkaitan yang masih berkuatkuasa.

Gambar Pejabat Baharu Majlis Daerah Telupid siap dibina pada tahun 2022

Gambar Pejabat Majlis dibesarkan dan dinaiktaraf menjadi Pejabat Hijau pada tahun 2024

Dikemaskini pada 1/7/2025

Loading