PIAGAM PELANGGAN
Sistem perkhidmatan pelanggan MDTel sentiasa memberikan layanan mesra dan perkhidmatan terbaik semasa berurusan dengan anda melalui:
- Memastikan maklum balas aduan akan diberikan dalam tempoh tiga hari masa bekerja.
- Layanan di kaunter akan diberikan selewat- lewatnya 20 minit pada waktu biasa dan 60 minit pada waktu puncak.
- Memastikan permohonan lesen jaja, lesen berniaga dan lesen operasi diproses dalam tempoh 5 hari waktu bekerja.
- Memastikan semua permohonan Pelan Pembangunan, Pelan Bangunan dan Sijil Layak Menduduki (CCC) telah diproses dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima dan diberi kelulusan dalam tempoh seminggu selepas ulasan-ulasan agensi teknikal diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Telupid.
- Memastikan semua permohonan pelan pemajuan dibawah penurunan kuasa kepada Ketua Jabatan diproses dalam tempoh 3 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima dan diberi kelulusan dalam tempoh seminggu selepas ulasan-ulasan agensi teknikal diterima dan diluluskan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Telupid iaitu
- Pelan Kerja Tanah
- Pelan Jalan & Perparitan
- Pelan saliran
- Pelan lampu jalan
- Pelan Landskap
- Pelan permit sementara
- Pelan ubahan tambahan
- Memastikan bil-bil cukai harta dihantar kepada pembayar cukai selewat-lewatnya dalam tempoh tiga minggu selepas bermulanya setiap penggal.
- Memastikan pemungutan sisa pepejal (sampah) dilaksanakan secara cekap dan dijalankan setiap hari.
Memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial kemasyarakatan, keagamaan dan sukan dilaksanakan.
Dikemaskini pada 18/12/2025
![]()
